Saturday, September 26, 2009

satu minggu sudah

1 Syawal
Terlalu macam macam sampai tak terdescribe. Misi menagih duit raya juga bermula. Petang tu tgk Akustika Raya sorang sorang di rumah AbeDin, malam uh duk on9 sampai kol 12 baru tidoo..

2 Syawal
Pagi ada sesi photoshot, letih la layan mereka mereka ni. hikhik;) Pukul 12 gi jalan jalan rumah Dr Izani then jadi ekor ikut KakChik dan AbeDin gi beraya rumah sedara mara. Motif? yelah lepas tu terus pergi beraya di Tesco menyebabkan malam tu terus tertidur keletihan..

3 Syawal
pagi tu tgk Geng; TheAdvertureBegins haha best woo citer tu then rumah Abe yom plak buat rumah terbuka. Dapat rm50 secara mudah dari AyahSu kerana berjaya mncari gambar lamanya. hikhik;) Malam tu ada tayangan pulak citer Slumdog Millionaire..

4 Syawal
Sesi pencukuran kepala baby baru KakNa. Desas desus dgr nak letak nama Marjan, ye la tu kot. Kemudian gi jadi bibik? rumah AyahChik. Pahtu gi jenjalan jat hypermarket. Hah! tu pon nak bagitau ke? Malam tu KakChik lak buat openhouse sambil tgk cite JanganPandangBelakangCongkak!

5 Syawal
Masa mngemas rumah la. Simpan mana yg patut then pergi rumah AbeWie sebab dah giliran dia yg buat openhouse hari ni. Nuyu my childhood friend datang, hikhik Dah lama tak jumpa. Then malam tu buat photoshot kali kedua pulak lahh..

6 Syawal
Pagi tu biasa biasa je cuma petang tu giliran AyahSu buat openhouse sekaligus menutup tirai openhouse, naik motor ngan KakDa dan telah tersesat di TamanKurniaJaya. Yeaa!

7 Syawal
Walaupun hari ini dah takde openhouse versi sek sek ni, tetapi hari ini kunjungan tak putus putus dari kawan kawan che, hikhik Lepas satu satu yg datang! KakKah back to Chendering..

Okey! Habes point cerita untuk satu minggu.. Letih ah minggu ni. Esok dah stat skolah balik.. Huahh! Malah ohh~

Meh kita tgk gamba mehh!

No comments: