Wednesday, February 17, 2010

cuti raya ;D

Ini semua pasal cuti.

Huy! Lama gile tak update! Bila tengok tarikh last post, baru rase lama benor tak berblogging ye. Kalau tak tengok, memang sah tak terasa. Maklumlah. Payah bebenor nak menulis ni ye. Lagi senang bersosial. Erk. Bersosial-networking kat Fesbuk lah!

Ni baru jadi pelajar form 3, kalau dah kerja-full-time-sampai-tak-cukup-masa nanti? Ceh! Bajet kerja best² la tu. Ngee. Saya bukannya takde masa, tapi sangat² tidak bernafsu untuk berblogging. Kan lagi cepat kalau maen Fesbuk? Lagi satu setiap kali nak update mesti rasa macam 'takyah la update. laen kali je la. citer ni takdela menarik. tunggu ade benda penting la.' Ha! Lebih kurang macam tu alasannya ;D

Hey! Kata semua ni pasal cuti?

Ouh! Maaf. Saya sudah terpesong jauh. Untuk kembali kepangkal jalan, mari kita mulakan dengan soalan. Apakah yang anda lakukan semasa cuti 4 hari raya cina? Ok. Ok. Saya tahu ade yg cuti seminggu, tapi disebabkan ini blog saya, dan saya yang mengemukakan soalan maka kita ambil kira apa yg saya lalui. Oke?


ni masa dkat KTC. kitorang bawak guards kat belakang. org femes la katakan ;D

Dah. Dah. Meh saya yang cerita ; Cuti 4 hari ini sangat terisi. Terisi itu tidak brmaksudnya terisi dgn benda yg berfaedah sahaja ok! Terisi dgn peristiwa pegi jalan². Tak! Saya tak keluar dari Kelantan, cuma saya pergi jalan² disekitar KB sahaja.


mencik! mukaku dihalang gadis-bajet-ayu-padahal-tak-ayu-lansung!

Antaranya.. (erk. cam intro karangan ringkasan lak!) saya telah mengekori abang bermain bowling. Yea! Saya taknak ulas bebnayak kat sini. Sangat boring. Selain itu,(:P ) saya telah ke KBMol selama 3 hari berturut-turut. Ape kejadah yg aku buat kat sana tak tau lah! Oh! Kasarnya bahasa. Maaf. Maaf.

cam tuut aku buat muka macam tu. oh! kasarnya bahasa. budi bahasa budaya kita xD

Benda penting. Benda penting. Saya telah terjumpa atau lagi sinonim. Menjumpai Habiburrahman El-Shirazy. Tak kenal? Ngok Ngek! Tu la. Maklumat macam ni tak ambil tahu. Tak pasal² saya terpaksa menjelaskannya. Urgh!

Nah! tekan sini. Tapi pepandailah korang translate sendiri ek! Bahasa Indon buk!


ok! saya tak tipu. gambar ni disnap curi². peace kat tangan sebab dah tabiat~

Baginda (Eh! Silap ganti-nama) Beliau telah menziarahi Kelantan pada 14Februari untuk.. Yaa! Apa itu. Hari Liburan Islam. Gitu lah barangkali. Pada sorenya. Eh! sore pagi petang? Arghh! Saya cakap bahasa kita balik ea? Masa petang tu. Ada forum kat KbMol. Tu salah satu sebab kitorang duk ulang-alik dalam tempat tu. Antara Selebriti yg ada adalah Wardina ngan FarahAdeeba tv9. Pastu ade yg sorang lagi dari tv9 tu. Ape hah name dia. Tak ingat lah~


tu klon saya. saya tak suka dia. saya kaburkan mukanya ;D

Masalahnya, masa kitorang sampai tu. Emcee tu cakap. Ok! Selesai sudah forum kita hari ini. Sekarang sape² yg nak otograf atau brgambar ngan mereka² ini. Leh naik pentas. Kitorang pun g menyelit-nyelit lah! Datang lambat. Antara orang first leh bergambar. Potong Q. Hakhak ;D

Sebenarnya, kitorang takleh ambik gambar ngan Uncle Habib, tapi kitorang duk blakang dia, then ada yg ambik gamba. Oklah tu. Saya ada gambar dgn beliau walaupun tak paham sepatah haram ape yg dia cakap :P

sebab ni cuti raya cina. mesti ada gambar jadi cina-celup oke?

Malam tu pulak! Ade tayangan KetikaCintaBertasbih kat KelantanTradeCentre. Kitorang boleh tiket VIP taw! Tapi taknak bangga la sangat. Sebab rasanya same je ade tiket VIP atau yg biasa punya. Mbahaha;D Maybe sebab tiket tu diorang bagi free je kot :P


takde caption sudah. clerk yg ramai di-ejas oleh mereka itu.

Kat tayangan tu lak. Sebab kitorang dah tengok citer tu. Ni kes jahat. Download. :P Jadi kitorang tak berapa menghayati la kan. Lagi satu, mmg dah jadi tabiat mase tgk cite. Kami banyak mengomen dan mengkritik dan ubah suai cerita. Jadi tak berapa nak bahagia sangat la duk tgk movie atas kerusi secara tertib gitu. Yang paling nampak over adalah.. Erk. Tatau! Kena baca buku dulu sebelum tgk movie dia. Perkara yang sama berlaku ngan Ayat²Cinta, kena baca buku sebelum tgk movie, lagi mantap cite tu. Anyway, korang mmg kena baca buku sblum tgk citer sebab dlm buku lagi best. Hakhak xD


gambar nak buat propaganda. ngee^^v

Lepas tu. Kitorang buat projek sendiri. Kitorang duk maen ambik gamba dlm dewan tu sbb cantik sangat. Ngee^^. Then, gi minum kat Medan Selera kat depan. Sampai rumah dalam pukul 1 lebih. Tapi tak rasa mengantuk. Dalam keta dah tertidur sebenarnya. Hikhik ;)


gambar ni tak cun! tapi saya suka sebab gadis-bajet-ayu dah takleh interprem. temkiyu kakak tudung pepel ;D

Ouh! Panjang sungguh post kali ini. Dengan ayat yg separa-skema membuatkan ia kelihatan hebat! Ahhaa! Tidaak! Ade sudah pengacau semulajadi datang nak guna lappy. Hurm. Baru je nak buat rekod post terpanjang. Haaaihhh.